Hendaklah kamu memakai serban kerana serban merupakan tanda malaikat dan panjangkanlah ia (kain serban) di belakangmu

TEKS BAHASA ARAB

عليكم بالعمائم فإنها سيما الملائكة، وأرخوها خلف ظهوركم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hendaklah kamu memakai serban kerana serban merupakan pakaian tanda malaikat dan panjangkanlah ia (kain serban) di belakangmu.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1611, hadis nombor 8117. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن ابن عمر – رضي الله عنهما- مرفوعا: ((عليكم بالعمائم فإنها سيما الملائكة، وأرخوها خلف ظهوركم)). [طب، ((الضعيفة)) (669)].

(Munkar)
Daripada Ibn Umar R.anhuma secara marfu’(disandarkan kepada Nabi SAW): ((Hendaklah kamu memakai serban kerana serban merupakan pakaian tanda malaikat dan panjangkanlah ia (kain serban) di belakangmu.”
[Riwayat al-Ṭabarānī di dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 669].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs