Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
عليكُم بالعَمائمِ فإنَّها سيما الملائِكَةِ ، فأَرخوها خَلفَ ظُهورِكُم.
Teks Bahasa Melayu
Hendaklah kamu memakai serban kerana serban merupakan pakaian tanda malaikat dan panjangkanlah ia (kain serban) di belakangmu.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1611, hadis no. 8117. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن ابن عمر - رضي الله عنهما- مرفوعا: ((عليكم بالعمائم فإنها سيما الملائكة، وأرخوها خلف ظهوركم)). [طب، ((الضعيفة)) (669)].
(Munkar) Daripada Ibn Umar R.anhuma secara marfu’(disandarkan kepada Nabi SAW): ((Hendaklah kamu memakai serban kerana serban merupakan pakaian tanda malaikat dan panjangkanlah ia (kain serban) di belakangmu.” [Riwayat al-Ṭabarānī di dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 669].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman