Hendaklah kamu memakai pakaian kulit, nescaya kamu akan merasakan kemanisan iman di dalam hati kamu

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

عليكم بلباس الصوف؛ تجدوا حلاوة الإيمان في قلوبكم، وعليكم بلباس الصوف؛ تجدوا قلة الأكل، وعليكم بلباس الصوف؛ تعرفون به في الآخرة، وإن لباس الصوف يورث القلب التفكر، والتفكر يورث الحكمة، والحكمة تجري في الجوف مجرى الدم، فمن كثر تفكره؛ قل طعمه، وكل لسانه، ورق قلبه، ومن قل تفكره كثر طعمه، وعظم بدنه، وقسا قلبه، والقلب القاسي بعيد من الجنة، قريب من النار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hendaklah kamu memakai pakaian kulit, nescaya kamu akan merasakan kemanisan iman di dalam hati kamu. Hendaklah kamu memakai pakaian kulit, nescaya akan berkuranglah (keinginan) makan kamu. Hendaklah kamu memakai pakaian kulit, nescaya kamu akan dikenali dengannya di akhirat. Hendaklah kamu memakai pakaian kulit, nescaya mewariskan hati yang berfikir. Berfikir itu mewariskan kebijaksanaan. Kebijaksanaan akan mengalir di dalam rongga dalam aliran darah. Sesiapa yang banyak berfikir, maka akan kuranglah makannya, berat lidahnya dan lembut hatinya. Sesiapa yang kurang berfikir, banyak makannya, besar badannya dan keras hatinya. Hati yang keras jauh dari syurga dan dekat dengan neraka.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1610, hadis nombor 8108. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أبي أمامة رضي الله عنه، مرفوعا: عليكم بلباس الصوف؛ تجدوا حلاوة الإيمان في قلوبكم، وعليكم بلباس الصوف؛ تجدوا قلة الأكل، وعليكم بلباس الصوف؛ تعرفون به في الآخرة، وإن لباس الصوف يورث القلب التفكر، والتفكر يورث الحكمة، والحكمة تجري في الجوف مجرى الدم، فمن كثر تفكره؛ قل طعمه، وكل لسانه، ورق قلبه، ومن قل تفكره كثر طعمه، وعظم بدنه، وقسا قلبه، والقلب القاسي بعيد من الجنة، قريب من النار.
[ابن النقور في ((الفوائد))، ابن بشران، فر، ابن الجوزي، ((الضعيفة)) (90)].

(Palsu)
Daripada Abu Umamah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Hendaklah kamu memakai pakaian kulit, nescaya kamu akan merasakan kemanisan iman di dalam hati kamu. Hendaklah kamu memakai pakaian kulit, nescaya akan berkuranglah (keinginan) makan kamu. Hendaklah kamu memakai pakaian kulit, nescaya kamu akan dikenali dengannya di akhirat. Hendaklah kamu memakai pakaian kulit, nescaya mewariskan hati yang berfikir. Berfikir itu mewariskan kebijaksanaan. Kebijaksanaan akan mengalir di dalam rongga dalam aliran darah. Sesiapa yang banyak berfikir, maka akan kuranglah makannya, berat lidahnya dan lembut hatinya. Sesiapa yang kurang berfikir, banyak makannya, besar badannya dan keras hatinya. Hati yang keras jauh dari syurga dan dekat dengan neraka.
[Riwayat Ibn al-Nuqur dalam al-Fawa'id, Ibn Bisyran, al-Dailami dalam al-Firdaus, Ibn al-Jawzi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 90]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.