Hendaklah kamu memakai pakaian dari bulu kambing

TEKS BAHASA ARAB

حديث: عليكم بلباس الصوف تعرفون به في الآخرة.


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Hendaklah kamu memakai pakaian dari bulu kambing, kamu akan dikenali dengannya di hari akhirat.


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 192, hadis nombor 14. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


رواه الخطيب عن أبي أمامة مرفوعا وفي إسناده: محمد بن يونس الكديمي وهو وضاع .
وروى ابن عدي عن أبي هريرة مرفوعا: من سره أن يجد حلاوة الإيمان فليلبس الصوف وهو موضوع وله طرق وألفاظ لا تصح.

Al-Khatib meriwayatkan daripada Abu Umamah secara marfu’ (yang disandarkan kepada Nabi SAW) dan pada sanadnya terdapat Muhammad Bin Yunus al-Kudaimi seorang pemalsu hadith.
Ibn ‘Adi meriwayatkan daripada Abu Hurairah secara marfu’ (yang disandarkan kepada Nabi SAW): Siapa yang ingin merasai kemanisan iman, maka pakailah pakaian yang diperbuat daripada bulu kambing, sedangkan ia palsu dan terdapat baginya beberapa jalan dan lafaz-lafaz yang tidak sahih.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs