Hendaklah kamu memakai inai kerana ia akan memberi cahaya kepada wajah kamu

TEKS BAHASA ARAB

عليكم بالحناء فإنه ينور وجوهكم، ويطهر قلوبكم، ويزيد في الجماع.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hendaklah kamu memakai inai kerana ia akan memberi cahaya kepada wajah kamu, membersihkan hati-hati kamu dan menambahkan (kekuatan) ketika bersetubuh.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1612, hadis nombor 8124. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن واثلة بن الأسقع – رضي الله عنه – مرفوعا: ((عليكم بالحناء فإنه ينور وجوهكم، ويطهر قلوبكم، ويزيد في الجماع)). [عد، ابن الجوزي في ((الواهيات))، ابن عساكر، ((الضعيفة))(1469)].

(Palsu)
Daripada Wathilah bin al-Asqa’ RA secara marfu’(disandarkan kepada Nabi SAW): “Hendaklah kamu memakai inai kerana ia akan memberi cahaya kepada wajah kamu, membersihkan hati-hati kamu dan menambahkan (kekuatan) ketika bersetubuh.” [Diriwayatkan oleh Ibn ‘Adiy dalam al-Kāmil Fī al-Ḍu‘afā, Ibn al-Jawzi dalam al-Wahiyat dan Ibn Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1469].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.