Classification icon

Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Hendaklah kamu memakai cincin batu yakut

Teks Bahasa Arab

حديث: تختموا بالياقوت فإنه ينفي الفقر.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Hendaklah kamu memakai cincin batu yakut, kerana sesungguhnya ia menjauhkan dari kefakiran.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 194, hadis no. 25. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

في إسناده: وضاع. وفي لفظ: من اتخذ خاتما فصه ياقوت نفى الله عنه الفقر. قال ابن عدي وابن حبان: باطل.

Pada sanadnya terdapat pereka hadith. Dalam satu lafaz: Barang siapa yang memakai cincin yang batunya dari yakut, Allah menjauhkan kefakiran daripadanya. Ibn ‘Adi dan Ibn Hibban berkata: Hadith ini batil.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.