TEKS BAHASA ARAB
تمعددوا، واخشوشنوا، وانتضلوا، وامشوا حفاة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hendaklah kamu hidup dalam keadaan memakai pakaian murah, hiduplah dengan kehidupan yang mencabar, belajarlah melepaskan anak panah, dan berjalanlah kamu tanpa memakai selipar.
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 205, hadis nombor 1073. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن رجل من أسلم يقال له: (ابن أدرع) مرفوعا: ((تمعددوا، واخشوشنوا، وانتضلوا، وامشوا حفاة)). [ابن أبي شيبة في ((الأدب)) و((المسند))، الرامهرمزي، ((الضعيفة)) (3417)]
(Sangat Lemah)
Daripada seorang lelaki bani Aslam yang disebut sebagai (Ibn Adra’) secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Hendaklah kamu hidup dalam keadaan memakai pakaian murah, hiduplah dengan kehidupan yang mencabar, belajarlah melepaskan anak panah, dan berjalanlah kamu tanpa memakai selipar.
[Riwayat Ibn Abi Syaibah dalam al-Adab dan al-Musnad dan al-Ramahurmuzi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3417]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.