Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ليكُم بالقناعةِ، فإنَّ القَناعةَ مالٌ لا ينفَدُ.
Teks Bahasa Melayu
Hendaklah kamu bersikap qanaah. Sesungguhnya qanaah itu adalah harta yang tidak akan berkurang.
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 70, hadis no. 330. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن جابر بن عبد الله -رضي الله عنهما- مرفوعاً: ((عليكم بالقناعة، فإن القناعة مال لا ينفد)). [طس، ابن أبي الدنيا في "القناعة"، عق، ابن شاهين، البيهقي في "الزهد"، أبو عبد الله الفلاكي في "الفوائد"، أبو القاسم القشيري في "الأربعين"، ((الضعيفة)) (3907)]
(Palsu) Daripada Jābir ibn ‘Abdullah RA secara marfū‘: “Hendaklah kamu bersikap qanaah. Sesungguhnya qanaah itu adalah harta yang tidak akan berkurang.’’ [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ, Ibn Abī al-Dunyā dalam al-Qanā‘ah, al-‘Uqaylī dalam al-Ḍu‘afā’, Ibn Shāhin dalam al-Targhīb, Abū ‘Abdillah al-Falākī dalam al-Fawā’id, Abūu al-Qāsim al-Qushayrī dalam al-Arba‘īn, al-Bayhaqī dalam al-Zuhd. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (3907).
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman