TEKS BAHASA ARAB
عليكم بالصدق؛ فإنه باب من أبواب الجنة، وإياكم والكذب؛ فإنه باب من أبواب النار.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hendaklah kamu bersikap jujur, kerana sesungguhnya ia merupakan pintu dari pintu-pintu syurga. Dan jauhilah kamu dari berbohong, kerana sesungguhnya ia adalah pintu dari pintu-pintu neraka.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 70, hadis nombor 329. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع)
عن أبي بكر -رضي الله عنه- مرفوعاً: ((عليكم بالصدق؛ فإنه باب من أبواب الجنة، وإياكم والكذب؛ فإنه باب من أبواب النار)).
[خط، ((الضعيفة)) (3905)]
(Palsu)
Daripada Abū Bakr RA secara marfū‘: “Hendaklah kamu bersikap jujur, kerana sesungguhnya ia merupakan pintu dari pintu-pintu syurga. Dan jauhilah kamu dari berbohong, kerana sesungguhnya ia adalah pintu dari pintu-pintu neraka.”
[Riwayat al-Khaṭīb dalam Tārikh Baghdād. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (3905).
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.