Daif Secara Keseluruhannya
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
عليكَ بالإِيَاسِ مما في أَيْدِي الناسِ، وإياكَ والطمعَ ؛ فإنه الفقرُ الحاضرُ، وصَلِّ صلاتَكَ وأنتَ مُوَدِّعٌ، وإياكَ وما تَعْتَذِرُ منه.
Teks Bahasa Melayu
Hendaklah kamu berputus asa dari apa yang berada di tangan-tangan manusia. Jauhilah kamu sikap tamak, kerana ia merupakan kefakiran pada masa depan. Dan solatlah kamu dengan solat orang yang akan pergi meninggalkan dunia ini, dan jauhilah perkara (yang akan menyebabkan kamu) perlu meminta kemaafan disebabkannya.
Sahabat Perawi
- Sa‘d bin Abi Waqqas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif Secara Keseluruhannya
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 70, hadis no. 327. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف بتمامه) عن سعد بن أبي وقاص -رضي الله عنه- قال: جاء رجل إلى النبي - صلى الله عليه وسلم -، فقال: يا رسول الله! أوصني وأوجز، فقال له النبي - صلى الله عليه وسلم - ((عليك بالإياس مما في أيدي الناس، وإياك والطمع؛ فإنه الفقر الحاضر، وصل صلاتك وأنت مودع، وإياك وما تعتذر منه)). [الروياني، ك، البيهقي في "الزهد الكبير"، الضياء في "الحكايات المنثورة"، ((الضعيفة)) (3881)]
(Daif Secara Keseluruhannya) Daripada Sa‘d ibn Abi Waqqāṣ RA berkata: “Telah datang seorang lelaki kepada Nabi SAW lalu berkata: “Wahai Rasulullah, berilah pesanan kepadaku dan ringkaskanlah ia. Maka Nabi SAW bersabda: “Hendaklah kamu berputus asa dari apa yang berada di tangan-tangan manusia. Jauhilah kamu sikap tamak, kerana ia merupakan kefakiran pada masa depan. Dan solatlah kamu dengan solat orang yang akan pergi meninggalkan dunia ini, dan jauhilah perkara (yang akan menyebabkan kamu) perlu meminta kemaafan disebabkannya.” [Riwayat al-Rūyānī dalam Musnadnya, Al-Ḥākim, al-Bayhaqī dalam al-Zuhd al-Kabīr, al-Ḍiyā’ dalam al-Khāmis min al-Ḥikāyat al-Manthūrah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (3881).
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman