TEKS BAHASA ARAB
عليك بالبيض ثلاثة أيام من كل شهر.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hendaklah kamu berpuasa pada hari putih iaitu tiga hari pada setiap bulan.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1150, hadis nombor 5813. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع بهذا اللفظ) عن ابن عمررضي الله عنهما أن رجلا سأل النبي صلى الله عليه وسلم عن الصيام؟ فقال: عليك بالبيض: ثلاثة أيام من كل شهر. [طس، الضعيفة (5192)]
(Palsu dengan lafaz ini) Daripada Ibn ‘Umar, bahawa seorang lelaki telah bertanya Nabi SAW tentang puasa, lalu Baginda SAW bersabda: Hendaklah kamu berpuasa pada hari putih iaitu tiga hari pada setiap bulan. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 5192]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.