Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
عَلَيْكَ بالبِيضِ: ثلاثةِ أيامٍ من كلِّ شَهْرٍ.
Teks Bahasa Melayu
Hendaklah kamu berpuasa pada hari putih iaitu tiga hari pada setiap bulan.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1150, hadis no. 5813. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع بهذا اللفظ) عن ابن عمررضي الله عنهما أن رجلا سأل النبي صلى الله عليه وسلم عن الصيام؟ فقال: عليك بالبيض: ثلاثة أيام من كل شهر. [طس، الضعيفة (5192)]
(Palsu dengan lafaz ini) Daripada Ibn ‘Umar, bahawa seorang lelaki telah bertanya Nabi SAW tentang puasa, lalu Baginda SAW bersabda: Hendaklah kamu berpuasa pada hari putih iaitu tiga hari pada setiap bulan. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 5192]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman