Hendaklah kamu berpegang dengan kitab Allah

TEKS BAHASA ARAB

عليكم بكتاب الله، وسترجعون إلى قوم يحبون الحديث عني، فمن قال علي ما لم أقل، فليتبوأ مقعده من النار، ومن حفظ عني شيئا، فليحدثه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hendaklah kamu berpegang dengan kitab Allah, kamu akan mendapati nanti adanya kaum yang gemar berbicara tentangku, barang siapa berkata ke atasku apa yang tidak aku katakan, maka hendaklah dia mempersiapkan tempat duduknya di dalam neraka… Barang siapa yang menghafal daripadaku sesuatu (hadith), maka hendaklah dia menyampaikannya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1556, hadis nombor 7888. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) أن أبا موسى الغافقي سمع عقبة بن عامر الجهني يحدث على المنبر عن رسول الله صلى الله عليه وسلم أحاديث، فقال أبو موسى: إن صاحبكم هذا غافل أو هالك، إن رسول الله صلى الله عليه وسلم كان آخر ما عهد إلينا أن قال: ((عليكم بكتاب الله، وسترجعون إلى قوم يحبون الحديث عني، فمن قال علي ما لم أقل، فليتبوأ مقعده من النار، ومن حفظ عني شيئا، فليحدثه)). [حم، طب، الدولابي، ابن خزيمة في ((حديث علي بن حجر))، ابن الضريس، ك، البزار، ((الضعيفة)) (6406)]

(Lemah)
Daripada Abu Musa al-Ghafiqi bahawa dia mendengar Uqbah bin Amir al-Juhani menyebutkan di atas minbar hadith-hadith daripada Rasulullah SAW. Kata Abu Musa: Sesungguhnya saudara kamu ini lalai dan akan binasa. Sesungguhnya perjanjian terakhir Rasulullah SAW kepada kita adalah: Hendaklah kamu berpegang dengan kitab Allah, kamu akan mendapati nanti adanya kaum yang gemar berbicara tentangku, barang siapa berkata ke atasku apa yang tidak aku katakan, maka hendaklah dia mempersiapkan tempat duduknya di dalam neraka… Barang siapa yang menghafal daripadaku sesuatu (hadith), maka hendaklah dia menyampaikannya.”
[Riwayat Musnad Ahmad, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, al-Dulabi, Ibn Khuzaimah dalam Hadith Ali Ibn Hajar, Ibn al-Dhurays, al-Hakim dalam al-Mustadrak dan al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6406]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs