Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
عليكُم بالقرآنِ؛ فإنَّه كلامُ ربِّ العالمينَ، هو [منه فآمنوا بمتشابهه]، واعتبِروا بأمثالِهِ.
Teks Bahasa Melayu
Hendaklah kamu berpegang dengan al-Qur'an kerana ia adalah kalam Rab (Tuhan) sekalian Alam, ia berasal daripada-Nya. Maka berimanlah kamu dengan ayat-ayat mutasyabih (sama-samar) dalam al-Qur'an dan ambillah iktibar dengan perumpamaannya.
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1472, hadis no. 7502. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن جابر - رضي الله عنه - مرفوعا: ((عليكم بالقرآن؛ فإنه كلام رب العالمين، هو [منه فآمنوا بمتشابهه]، واعتبروا بأمثاله)). [ فر، (( الضعيفة)) (3906)]
(Palsu) Daripada Jabir RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Hendaklah kamu berpegang dengan al-Qur'an kerana ia adalah kalam Rab (Tuhan) sekalian Alam, ia berasal daripada-Nya. Maka berimanlah kamu dengan ayat-ayat mutasyabih (sama-samar) dalam al-Qur'an dan ambillah iktibar dengan perumpamaannya. [Riwayat al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3906]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman