Hendaklah kamu berpaling – wahai Abu Dzar – daripada manusia

TEKS BAHASA ARAB

ليردك – يا أبا ذر – عن الناس والقول فيهم ما تعرف من نفسك، لا تجد عليهم فيما تأتي به، فكفى بالمرء عيبا أن يكون فيه ثلاث خصال: أن يعرف من الناس ما يجهله عن نفسه. ويجد عليهم فيما يأتي. ويؤذي جليسه فيما لا يعنيه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hendaklah kamu berpaling – wahai Abu Dzar – daripada manusia serta bercakap-cakap tentang mereka apa yang kamu ketahui dari diri kamu. Jangan kamu marahi mereka pada perkara yang telah kamu lakukan. Cukuplah keaiban bagi seseorang itu sekiranya terdapat pada dirinya tiga perkara: Dia mengetahui daripada manusia apa yang dia tidak ketahui tentang dirinya sendiri. Dia memarahi mereka atas apa yang dia sendiri lakukan. Dia menyakiti orang yang bermajlis dengannya pada perkara yang tidak memberi manfaat kepadanya.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 227, hadis nombor 1203. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي ذر الغفاري – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((ليردك – يا أبا ذر – عن الناس والقول فيهم ما تعرف من نفسك، لا تجد عليهم فيما تأتي به، فكفى بالمرء عيبا أن يكون فيه ثلاث خصال: أن يعرف من الناس ما يجهله عن نفسه. ويجد عليهم فيما يأتي. ويؤذي جليسه فيما لا يعنيه)). [الماوردي في ((الأمثال والحكم))، ((الضعيفة)) (5638)]

(Sangat Lemah)
Daripada Abu Dzar al-Ghifari RA beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Hendaklah kamu berpaling – wahai Abu Dzar – daripada manusia serta bercakap-cakap tentang mereka apa yang kamu ketahui dari diri kamu. Jangan kamu marahi mereka pada perkara yang telah kamu lakukan. Cukuplah keaiban bagi seseorang itu sekiranya terdapat pada dirinya tiga perkara: Dia mengetahui daripada manusia apa yang dia tidak ketahui tentang dirinya sendiri. Dia memarahi mereka atas apa yang dia sendiri lakukan. Dia menyakiti orang yang bermajlis dengannya pada perkara yang tidak memberi manfaat kepadanya.
[Riwayat al-Mawardi dalam al-Amthal Wa Al-Hikam. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 5638]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs