Tidak sahih

30/06/2024

minit bacaan



Hendaklah kamu berkahwin dengan hamba-hamba perempuan. Rahim-rahim mereka berkat

Teks Bahasa Arab

حديث: عليكم بالسراري فإنهن مباركات الأرحام.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Hendaklah kamu berkahwin dengan hamba-hamba perempuan. Rahim-rahim mereka berkat

Sahabat Perawi

  1. Abu ad-Darda' RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Tidak sahih

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 121-122, hadis no. 10. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الطبراني في الأوسط عن أبي الدرداء مرفوعا . وكذا رواه العقيلي من حديثه وزاد: لأنهن أنجب أولادا. وفي إسناده: محمد بن علاثة يروي الموضوعات عن الثقات وعثمان بن عطاء لا يحتج به، وعمرو بن الحصين ليس بشيء. وفي إسناد الآخر: حفص ابن عمر متروك. قال في اللآلىء: الحديث الأول: أخرجه الحاكم في المستدرك . والثاني: شاهد للأول وله شاهد آخر. قال ابن أبي عمر في مسنده: حدثنا بشر هو ابن السري حدثنا الزبير ابن سعيد الهاشمي، حدثنا ابن عم لي من بني هاشم: أن رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم. قال: عليكم بالسراري فإنهن مباركات الأرحام. قال ابن حجر في المطالب العالية: هذا مرسل لا بأس بإسناده. وقد أخرج هذا المرسل: أبو داود في مراسيله، لكنه لا يتم ما قاله ابن حجر، إنه لا بأس بإسناده، فإن في إسناده المجهول المذكور. وذلك أعظم بأس . وأما إخراج الحاكم لحديث أبي الدرداء، فإن كان من الطريق التي فيها من يروي الموضوعات، ومن لا يحتج به، ومن ليس بشيء فاستدراكه لمثل هذا الحديث رد عليه، وإن كان من طريق أخرى، فينبغي النظر فيها. والحديث قد ذكره ابن الجوزي في الموضوعات. وذكر له صاحب اللآلىء طريقا أخرى: عن عبد الله بن الحارث عن علي ابن الحسين، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم: اطلبوا الولد في سبيل الأعاجم فإن في أرحامهن بركة. ذكرها أبو زكريا البخاري في فوائده.

Al-Tabarani meriwayatkan di dalam al-Ausath daripada Abu Darda’ secara marfu’ (disandar kepada Nabi) , demikian juga al-Uqaili meriwayatkan daripada hadith Abu Darda’ dengan tambahan lafaz: kerana mereka melahirkan anak Di dalam sanadnya terdapat perawi bernama Muhammad bin ‘Ulathah meriwayatkan hadith-hadith palsu yang disandarkan kepada perawi yang dipercayai, Uthman bin ‘Ulathah tidak boleh berhujah dengannya. Amr bin al-Husain perawi yang dihukumkan sebagai laysa bi syai’(lemah). Dalam sanad yang lain pula terdapat perawi bernama Hafs Ibn Umar yang dihukum matruk Al-Suyuthi berkata di dalam kitabnya al-La’ali: Hadith pertama diriwayatkan oleh al-Hakim di dalam kitabnya al-Mustadrak. Manakala hadith kedua pula menjadi sokongan kepada riwayat pertama yang juga mempunyai riwayat sokongan yang lain. Ibn Abi Umar berkata di dalam kitab Musnadnya: Bisyr menceritakan kepada kami, Iaitu Ibn Sarri, al-Zubair Ibn Said al-Hasyimi menceritakan anak saudaraku daripada bani Hasyim menceritakan kepada kami, bahawa Nabi SAW bersabda: “Hendaklah kamu berkawin dengan hamba-hamba perempuan kerana keberkatan Rahim mereka. Ibn Hajar berkata di dalam Kitab al-Matalib al-Aliyah: hadith ini mursal . Hadith mursal ini juga diriwayatkan oleh Abu Daud di dalam kitab beliau iaitu Al-Marasil tetapi statusnya tidak mencapai seperti yang disebutkan oleh Ibn Hajar iaitu sanadnya baik, Pada sanadnya terdapat perawi yang majhul sebagaimana yang dinyatakan .Ia adalah masalah yang sangat besar. Manakala Al-Hakim meriwayatkan dengan hadith Abu al-Darda’, jika sekiranya melalui jalan perawi yang meriwayatkan hadith-hadith palsu, perawi yang tidak boleh berhujah dengannya, dan perawi yang dihukumkan sebagai laysa bi syai, maka apabila beliau memasukkan hadith ini dalam kitabnya ianya ditolak walaupun melalui jalan lain.Maka hendaklah diteliti dalam perkara ini. Hadith ini disebut juga oleh Ibn al-Jauzi di dalam kitabnya al-Maudhuat. Al-Syuthi juga menyebutkan di dalam kitabnya al-La’ali melalui jalan lain daripada Abdullah bin al-Harith, Ali Ibn al-Hasan berkata, telah bersabda Nabi SAW: carilah ibu-bapa daripada keturunan selain arab kerana pada Rahim-rahim mereka ada keberkatan. Hadith ini juga disebutkan oleh Abu Zakariyya al-Bukhari di dalam kitab fawaidnya.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.