Lemah secara keseluruhannya
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
عليكَ بالإِيَاسِ مما في أَيْدِي الناسِ، وإياكَ والطمعَ؛ فإنه الفقرُ الحاضرُ، وصَلِّ صلاتَكَ وأنتَ مُوَدِّعٌ، وإياكَ وما تَعْتَذِرُ منه.
Teks Bahasa Melayu
Hendaklah kamu berasa putus asa dengan apa yang ada dalam tangan manusia. Jauhilah sifat tamak; kerana ia merupakan kefakiran yang berlaku sekarang. Solatlah dengan solatmu seperti keadaan kamu hendak berpisah (meninggal dunia). Jauhilah perkara yang kamu akan menyesal daripadanya.
Sahabat Perawi
- Saad bin Abu Waqas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah secara keseluruhannya
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2018, hadis no. 10145. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف بتمامه) عن سعد بن أبي وقاص رضي الله عنه ، قال: جاء رجل إلى النبي صلى الله عليه وسلم فقال: يا رسول الله! أوصني وأوجز، فقال له النبي صلى الله عليه وسلم: عليك بالإياس مما في أيدي الناس، وإياك والطمع؛ فإنه الفقر الحاضر، وصل صلاتك وأنت مودع، وإياك وما تعتذر منه. [الروياني، ك، البيهقي في ((الزهد الكبير))، فر، الضياء في ((الخامس من الحكايات المنثورة))، ((الضعيفة)) (3881)]
(Lemah secara keseluruhannya) Daripada Sa’ad bin Abī Waqqāṣ RA berkata: Seorang lelaki telah datang kepada Nabi SAW lalu berkata: Wahai Rasulullah! Nasihatkanlah aku dan ringkaskanlah. Maka Nabi SAW berkata kepadanya: Hendaklah kamu berasa putus asa dengan apa yang ada dalam tangan manusia. Jauhilah sifat tamak; kerana ia merupakan kefakiran yang berlaku sekarang. Solatlah dengan solatmu seperti keadaan kamu hendak berpisah (meninggal dunia). Jauhilah perkara yang kamu akan menyesal daripadanya. [Riwayat al-Rūyānī dalam Musnadnya, al-Ḥākim dalam al-Mustadrak, al-Baihaqī dalam al-Zuhd al-Kabīr, al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaws dan al-Ḍiyā’ dalam al-Khāmis min al-Hikāyāt al-Manthūrah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3881]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman