Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Hendaklah kamu berakhlak baik

Teks Bahasa Arab

عليكَ بحُسْنِ الخُلُقِ ؛ فإن أَحْسَنَ الناسِ خُلُقًا أَحْسَنُهُم دِينًا.

Teks Bahasa Melayu

Hendaklah kamu berakhlak baik. Kerana sesungguhnya manusia yang paling baik akhlaknya adalah manusia yang paling baik agamanya.

Sahabat Perawi

  1. Mu'az bin Jabal RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 70, hadis no. 328. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن معاذ -رضي الله عنه- قال: بعثني رسول الله - صلى الله عليه وسلم - إلى اليمن، فلم يزل يوصيني حتى [كان] آخر ما أوصاني قال: ((‌عليك ‌بحسن ‌الخلق؛ ‌فإن ‌أحسن ‌الناس ‌خلقاً ‌أحسنهم ‌ديناً)). [حل، ((الضعيفة)) (‌‌3886)]

(Palsu) Daripada Mu‘ādh RA telah berkata: “Rasulullah SAW telah mengutuskan aku ke Yaman. Dan Baginda SAW sentiasa berpesan kepadaku sehinggalah pesanan terakhir Baginda SAW kepadaku bagidna telah bersabda: ‘’Hendaklah kamu berakhlak baik. Kerana sesungguhnya manusia yang paling baik akhlaknya adalah manusia yang paling baik agamanya.’’ [Riwayat Abū Nu‘aym dalam al-Ḥilyah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (3886).

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.