Hendaklah kamu berada di saf yang pertama (untuk solat berjamaah)

TEKS BAHASA ARAB

عليكم بالصف الأول، وعليكم بالميمنة، وإياكم والصف بين السواري.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hendaklah kamu berada di saf yang pertama (untuk solat berjamaah) dan hendaklah kamu berada di bahagian kanan, serta jauhilah kamu saf di tengah-tengah tiang.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 268, hadis nombor 1396. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس – رضي الله عنه – مرفوعا: ((عليكم بالصف الأول، وعليكم بالميمنة، وإياكم والصف بين السواري)). [طب، طس، أبي نعيم في ((أخبار أصبهان))، ((الضعيفة)) (2895)]

(Lemah)
Daripada Ibn ‘Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Hendaklah kamu berada di saf yang pertama (untuk solat berjamaah) dan hendaklah kamu berada di bahagian kanan, serta jauhilah kamu saf di tengah-tengah tiang.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan al-Mu’jam al-Awsat serta Abu Nu‘aym dalam Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2895]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs