Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
عليكم بالصفِّ الأولِ، وعليكم بالمَيْمَنَةِ، وإياكم والصَّفَّ بينَ السَّوَارِي.
Teks Bahasa Melayu
Hendaklah kamu berada di saf yang pertama (untuk solat berjamaah) dan hendaklah kamu berada di bahagian kanan, serta jauhilah kamu saf di tengah-tengah tiang.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 268, hadis no. 1396. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عباس - رضي الله عنه - مرفوعا: ((عليكم بالصف الأول، وعليكم بالميمنة، وإياكم والصف بين السواري)). [طب، طس، أبي نعيم في ((أخبار أصبهان))، ((الضعيفة)) (2895)]
(Daif) Daripada Ibn ‘Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Hendaklah kamu berada di saf yang pertama (untuk solat berjamaah) dan hendaklah kamu berada di bahagian kanan, serta jauhilah kamu saf di tengah-tengah tiang. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan al-Mu’jam al-Awsat serta Abu Nu‘aym dalam Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2895]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman