Hendaklah kalian menunaikan solat antara maghrib dan isyak

TEKS BAHASA ARAB

عليكم بالصلاة بين العشاءين؛ فإنها تذهب بملاغاة أول النهار، وتهذب آخره.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hendaklah kalian menunaikan solat antara maghrib dan isyak, kerana sesungguhnya ia menghilangkan kelalaian permulaan siang dan memperbaik penghujungnya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 351, hadis nombor 1853. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن سلمان – رضي الله عنه -، مرفوعاً: «عليكُم بالصَّلاةِ بينَ العِشَاءَيْنِ؛ فإنَّها تَذهبُ بملاغاةِ أوَّلِ النَّهارِ، وتُهَذِّبُ آخرَه». [فر، «الضعيفة» (681)].

(Palsu) Daripada Salman RA secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Hendaklah kalian menunaikan solat antara maghrib dan isyak, kerana sesungguhnya ia menghilangkan kelalaian permulaan siang dan memperbaik penghujungnya". [Diriwayatkan oleh al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 681].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs