Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
عليكُم بالصَّلاةِ بينَ العِشَاءَيْنِ؛ فإنَّها تَذهبُ بملاغاةِ أوَّلِ النَّهارِ، وتُهَذِّبُ آخرَه.
Teks Bahasa Melayu
Hendaklah kalian menunaikan solat antara maghrib dan isyak, kerana sesungguhnya ia menghilangkan kelalaian permulaan siang dan memperbaik penghujungnya.
Sahabat Perawi
- Salman RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 351, hadis no. 1853. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن سلمان - رضي الله عنه -، مرفوعاً: «عليكُم بالصَّلاةِ بينَ العِشَاءَيْنِ؛ فإنَّها تَذهبُ بملاغاةِ أوَّلِ النَّهارِ، وتُهَذِّبُ آخرَه». [فر، «الضعيفة» (681)].
(Palsu) Daripada Salman RA secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Hendaklah kalian menunaikan solat antara maghrib dan isyak, kerana sesungguhnya ia menghilangkan kelalaian permulaan siang dan memperbaik penghujungnya". [Diriwayatkan oleh al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 681].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman