Hendaklah kalian menikahi wanita yang perawan kerana mereka itu lebih kuat kandungannya

TEKS BAHASA ARAB

عليكم بالأبكار؛ فإنهن أنتق أرحاما، وأعذب أفواها، وأقل خبا، وأرضى باليسير.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hendaklah kalian menikahi wanita yang perawan kerana mereka itu lebih kuat kandungannya, lebih lazat mulutnya, lebih sedikit tipuannya, dan lebih rela menerima.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 955, hadis nombor 4930. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا بهذا السياق)
عن جابر – رضي الله عنه – قال: قال رسول الله ﷺ: عليكم بالأبكار؛ فإنهن أنتق أرحاما، وأعذب أفواها، وأقل خبا، وأرضى باليسير.
[طس، ((الضعيفة))(5827)].

(Sangat Lemah Dengan Lafaz Ini)
Diriwayatkan daripada Jabir RA telah berkata: Sabda Rasulullah SAW: Hendaklah kalian menikahi wanita yang perawan kerana mereka itu lebih kuat kandungannya, lebih lazat mulutnya, lebih sedikit tipuannya, dan lebih rela menerima.
[Riwayat al-Tabrani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5827].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.