Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
عليكُم بالأبكارِ؛ فإنَّهنَّ أنتَقُ أرحامًا، وأعذبُ أفواهًا، وأقلُّ خِبًّا، وأرضَى باليَسيرِ.
Teks Bahasa Melayu
Hendaklah kalian menikahi wanita yang perawan kerana mereka itu lebih kuat kandungannya, lebih lazat mulutnya, lebih sedikit tipuannya, dan lebih rela menerima.
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 955, hadis no. 4930. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا بهذا السياق) عن جابر – رضي الله عنه – قال: قال رسول الله ﷺ: عليكم بالأبكار؛ فإنهن أنتق أرحاما، وأعذب أفواها، وأقل خبا، وأرضى باليسير. [طس، الضعيفة(5827)].
(Sangat Lemah Dengan Lafaz Ini) Diriwayatkan daripada Jabir RA telah berkata: Sabda Rasulullah SAW: Hendaklah kalian menikahi wanita yang perawan kerana mereka itu lebih kuat kandungannya, lebih lazat mulutnya, lebih sedikit tipuannya, dan lebih rela menerima. [Riwayat al-Tabrani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5827].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman