Hendaklah kalian (mengamalkan) dua penawar: madu dan al-Qur’an

TEKS BAHASA ARAB

عليكم بالشفاءين: العسل، والقرآن.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hendaklah kalian (mengamalkan) dua penawar: madu dan al-Qur’an.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 394, hadis nombor 2102. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الله بن مسعود – رضي الله عنه – مرفوعا: «عليكم بالشفاءين: العسل، والقرآن».[هـ، ك، عد، خط، ابن عساكر، «الضعيفة» (1514)].

(Lemah) Daripada Abdullah bin Mas’ud RA, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Hendaklah kalian (mengamalkan) dua penawar: madu dan al-Qur’an". [Riwayat Ibn Majah dalam Sunannya, al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad dan Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimashq. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1514].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs