Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
عليكم بالشِّفاءَيْنِ: العَسَلُ، والقرآنُ.
Teks Bahasa Melayu
Hendaklah kalian (mengamalkan) dua penawar: madu dan al-Qur’an.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Mas’ud RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 394, hadis no. 2102. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبد الله بن مسعود - رضي الله عنه - مرفوعا: «عليكم بالشفاءين: العسل، والقرآن».[هـ، ك، عد، خط، ابن عساكر، «الضعيفة» (1514)].
(Lemah) Daripada Abdullah bin Mas’ud RA, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Hendaklah kalian (mengamalkan) dua penawar: madu dan al-Qur’an". [Riwayat Ibn Majah dalam Sunannya, al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad dan Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimashq. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1514].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman