Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
عَلَيْكُمْ بِالْهِلِيلَجِ الْأَسْوَدِ، فَاشْرَبُوهُ؛ فَإِنَّهُ من شَجَرَةٍ مِنْ شَجَرِ الْجَنَّةِ، طَعْمُهُ مُرٌّ، وَهُوَ شِفَاءٌ مِنْ كُلِّ دَاءٍ.
Teks Bahasa Melayu
Hendaklah kalian (mengamalkan) al-hililaj al-aswad (biji Haritaki). Minumlah ia kerana sesungguhnya ia berasal dari satu pohon daripada pohon-pohon syurga. Rasanya pahit dan ia adalah penawar bagi segala penyakit.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 403, hadis no. 2164. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي هريرة - رضي الله عنه - مرفوعاً: «عَلَيْكُمْ بِالْهِلِيلَجِ الْأَسْوَدِ، فَاشْرَبُوهُ؛ فَإِنَّهُ من شَجَرَةٍ مِنْ شَجَرِ الْجَنَّةِ، طَعْمُهُ مُرٌّ، وَهُوَ شِفَاءٌ مِنْ كُلِّ دَاءٍ». [ك، فر، «الضعيفة» (3909)].
(Palsu) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Hendaklah kalian (mengamalkan) al-hililaj al-aswad (biji Haritaki). Minumlah ia kerana sesungguhnya ia berasal dari satu pohon daripada pohon-pohon syurga. Rasanya pahit dan ia adalah penawar bagi segala penyakit". [Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak dan al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3909].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman