Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
علَيكم بالوجوهِ الملاحِ ، والحدقِ السودِ ، فإن اللهَ يستَحي أن يعذبَ وجهًا مليحًا بالنارِ.
Teks Bahasa Melayu
Hendaklah kalian memilih orang yang berwajah cantik dan mempunyai bola mata yang hitam. Sesungguhnya Allah SWT malu untuk mengazab orang yang berwajah cantik.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 911, hadis no. 4654. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس -رضي الله عنه- رفعه: عليكم بالوجوه الملاح والحدق السود فإن الله يستحي أن يعذب وجها مليحا بالنار. [خط، الضعيفة (131)].
(Mawdhu’ (Palsu Diriwayatkan daripada Anas RA secara marfu’: Hendaklah kalian memilih orang yang berwajah cantik dan mempunyai bola mata yang hitam. Sesungguhnya Allah SWT malu untuk mengazab orang yang berwajah cantik. [Riwayat Al-Khatib al- Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no: 131].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman