Bukan hadis

30/06/2024

minit bacaan



Hendaklah kalian membiasakan hidup susah

Teks Bahasa Arab

‌اخْشَوْشِنُوا ‌وَتَمَعْدَدُوا ‌وَاجْعَلُوا ‌الرَّأْسَ ‌رَأْسَيْنِ.

Teks Bahasa Melayu

Hendaklah kalian membiasakan diri hidup dalam kesusahan, ikutilah kefasihan Ma'd bin 'Adnan dan jadikanlah satu kepada menjadi dua kepala.

Sahabat Perawi

  1. Umar bin AlKhattab

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)

Status

Bukan hadis

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 12, hadis no. 11. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

جاء عن عمر موقوفا وفيه: "وإياكم وزي الأعاجم" لكن روي نحوه مرفوعا.

Telah datang daripada 'Umar secara mawquf dan di dalamnya menyebutkan: "Berwaspadalah kamu terhadap gaya golongan 'ajam". Namun, ada diriwayatkan seumpamanya secara marfu'.

Rujukan

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.