Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حَدِيث: تختموا بالزبرجد، فَإِنَّهُ يسر لَا عسر فِيهِ.
Teks Bahasa Melayu
Hadis: Hendaklah kalian memakai cincin zabarjad (sejenis batu permata), kerana ianya memudahkan dan tidak ada kesukaran padanya.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 65, hadis no. 144. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قال ابن حجر: موضوع.
Ibn Hajar berkata: Palsu.
Rujukan
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
Makluman