Hendaklah kalian (melihat) pada wajah yang tampan

TEKS BAHASA ARAB

حديث: عليكم بالوجوه الملاح والحدق السود، فإن الله يستحي أن يعذب مليحا بالنار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Hendaklah kalian (melihat) pada wajah yang tampan dan anak mata yang hitam. Sesungguhnya Allah malu untuk mengazab orang-orang yang tampan dengan api neraka.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 123, hadis nombor 344. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

هو من وضع الفسقة الفجار، لعن الله واضعه.

Ia daripada rekaan orang yang jahat.
Semoga Allah melaknat perekanya.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs