Hendaklah kalian melazimi qiyam al-Lail

TEKS BAHASA ARAB

عليكم بقيام الليل، فإنه دأب الصالحين قبلكم، ومقربة لكم إلى الله – عز وجل -، ومكفرة للسيئات، ومنهاة عن الإثم، ومطردة للداء عن الجسد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hendaklah kalian melazimi qiyam al-Lail, kerana sesungguhnya merupakan adat kebiasaan (yang dilakukan) oleh golongan soleh sebelum kalian, antara jalan yang terdekat bagi kalian untuk mendekatkan diri kalian kepada Allah ‘Azza Wa Jalla, penghapusan kepada dosa-dosa dan daripadanya itu juga dapat menjauhkan diri daripada dosa, dan suatu jalan untuk mengusir ataupun menyingkirkan penyakit daripada anggota tubuh badan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1182, hadis nombor 5990. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن سلمان الفارسي – رضي الله عنه – مرفوعا: ((عليكم بقيام الليل، فإنه دأب الصالحين قبلكم، ومقربة لكم إلى الله – عز وجل -، ومكفرة للسيئات، ومنهاة عن الإثم، ومطردة للداء عن الجسد)). [طب، ((الضعيفة)) (5348)]

(Lemah)
Daripada Salman al-Farisi RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Hendaklah kalian melazimi qiyam al-Lail, kerana sesungguhnya merupakan adat kebiasaan (yang dilakukan) oleh golongan soleh sebelum kalian, antara jalan yang terdekat bagi kalian untuk mendekatkan diri kalian kepada Allah ‘Azza Wa Jalla, penghapusan kepada dosa-dosa dan daripadanya itu juga dapat menjauhkan diri daripada dosa, dan suatu jalan untuk mengusir ataupun menyingkirkan penyakit daripada anggota tubuh badan.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah; no. 5348]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs