Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
عَلَيكُم بِقِيَامِ الليلِ، فَإِنَّهُ دَأَبُ الصَالِحِينَ قَبْلَكُمْ، وَمَقْرَبَةٌ لكُمْ إِلَى اللهِ - عز وجل -، وَمَكْفَرَةٌ لِلسَيِّئَاتِ، وَمَنْهَاةٌ عَنِ الإِثْمِ، وَمَطْرَدَةٌ للدَاءِ عَن الجَسَدِ.
Teks Bahasa Melayu
Hendaklah kalian melazimi qiamullail, kerana sesungguhnya ia merupakan adat kebiasaan orang-orang soleh sebelum kalian, dan jalan pintas bagi kalian (mendekatkan diri kalian) kepada Allah Azza wa Jalla, serta menjadi punca penghapusan dosa-dosa, ia juga mencegah dari melakukan dosa, dan menjadi penyingkir penyakit pada tubuh badan.
Sahabat Perawi
- Salman al-Farisi RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1182, hadis no. 5990. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن سلمان الفارسي - رضي الله عنه - مرفوعا: ((عليكم بقيام الليل، فإنه دأب الصالحين قبلكم، ومقربة لكم إلى الله - عز وجل -، ومكفرة للسيئات، ومنهاة عن الإثم، ومطردة للداء عن الجسد)). [طب، ((الضعيفة)) (5348)]
(Lemah) Daripada Salman al-Farisi RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Hendaklah kalian melazimi qiamullail, kerana sesungguhnya ia merupakan adat kebiasaan orang-orang soleh sebelum kalian, dan jalan pintas bagi kalian (mendekatkan diri kalian) kepada Allah Azza wa Jalla, serta menjadi punca penghapusan dosa-dosa, ia juga mencegah dari melakukan dosa, dan menjadi penyingkir penyakit pada tubuh badan. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5348]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman