Hendaklah kalian melazimi puasa

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

عليكم بالصوم؛ فإنه محسمة للعرق، مذهبة للأشر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hendaklah kalian melazimi puasa, kerana sesungguhnya ia menyekat pembuluh darah, dan menghilangkan sifat sombong.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1183, hadis nombor 5997. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن شداد بن عبدالله أن نفرا من أسلم أتوا النبي – صلى الله عليه وسلم – ليستأذنوه في الاختصاء فقال: ((عليكم بالصوم؛ فإنه محسمة للعرق، مذهبة للأشر)). [الحسين المروزي في ((زوائد الزهد))، أبو نعيم في ((الطب))، ((الضعيفة)) (4111، 5836)]

(Lemah) Daripada Syadad bin ‘Abdullah, bahawa sesungguhnya sebuah rombongan dari Aslam datang bertemu dengan Nabi Muhammad SAW bagi memohon keizinan Baginda untuk melakukan kembiri, lalu Baginda pun bersabda: Hendaklah kalian melazimi puasa, kerana sesungguhnya ia menyekat pembuluh darah (nafsu), dan menghilangkan sifat sombong. [Riwayat al-Husain al-Mawarzi dalam Zawaid al-Zuhud, dan Abu Nu'aim dalam al-Tibb. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4111, 5836]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.