Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
عَلَيْكُمْ بِالصَومِ؛ فَإِنَّهُ مَحسَمةٌ لِلعرَقِ، مذهبةٌ للأشَرِ.
Teks Bahasa Melayu
Hendaklah kalian melazimi puasa, kerana sesungguhnya ia menyekat pembuluh darah, dan menghilangkan sifat sombong.
Sahabat Perawi
- Syadad bin ‘Abdullah
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1183, hadis no. 5997. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن شداد بن عبدالله أن نفرا من أسلم أتوا النبي - صلى الله عليه وسلم - ليستأذنوه في الاختصاء فقال: ((عليكم بالصوم؛ فإنه محسمة للعرق، مذهبة للأشر)). [الحسين المروزي في ((زوائد الزهد))، أبو نعيم في ((الطب))، ((الضعيفة)) (4111، 5836)]
(Lemah) Daripada Syadad bin ‘Abdullah, bahawa sesungguhnya sebuah rombongan dari Aslam datang bertemu dengan Nabi Muhammad SAW bagi memohon keizinan Baginda untuk melakukan kembiri, lalu Baginda pun bersabda: Hendaklah kalian melazimi puasa, kerana sesungguhnya ia menyekat pembuluh darah (nafsu), dan menghilangkan sifat sombong. [Riwayat al-Husain al-Mawarzi dalam Zawaid al-Zuhud, dan Abu Nu'aim dalam al-Tibb. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4111, 5836]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman