Hendaklah kalian melazimi pohon ketapang hitam, minumlah ia

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

عليكم بالهليلج الأسود، فاشربوه؛ فإنه من شجرة من شجر الجنة، طعمه مر، وهو شفاء من كل داء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hendaklah kalian melazimi pohon ketapang hitam, minumlah ia kerana sesungguhnya ia merupakan salah satu jenis pohon daripada pohon-pohon syurga. Rasanya pahit, namun ia merupakan penawar bagi semua penyakit.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1178, hadis nombor 5964. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – مرفوعا: ((عليكم بالهليلج الأسود، فاشربوه؛ فإنه من شجرة من شجر الجنة، طعمه مر، وهو شفاء من كل داء)). [ك، فر، ((الضعيفة)) (3909)]

(Palsu) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Hendaklah kalian melazimi pohon ketapang hitam, minumlah ia kerana sesungguhnya ia merupakan salah satu jenis pohon daripada pohon-pohon syurga. Rasanya pahit, namun ia merupakan penawar bagi semua penyakit. [Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, dan al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3909]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.