Hendaklah kalian melazimi kalimah (La Ilaha Illa Allah/ Tiada Tuhan melainkan Allah SWT)

TEKS BAHASA ARAB

عليكم ب(لا إله إلا الله) والاستغفار، فأكثروا منه؛ فإن إبليس، قال: أهلكت الناس فأهلكوني ب(لا إله إلا الله) والاستغفار، فلما رأيت ذلك أهلكتهم بالأهواء، وهم يحسبون أنهم مهتدون.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hendaklah kalian melazimi kalimah (La Ilaha Illa Allah/ Tiada Tuhan melainkan Allah SWT) dan istighfar. Perbanyakkanlah dengannya, kerana sesungguhnya Iblis berkata: “Aku menghancurkan manusia, dan mereka menghancurkanku dengan Lā Ilāha Illā Allāh dan istighfar. Maka ketika aku melihat mereka melakukan itu, aku menghancurkan mereka dengan hawa nafsu, dan mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang diberi hidayah”.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 522, hadis nombor 2769. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي بكر -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: «عليكم ب(لا إله إلا الله) والاستغفار، فأكثروا منه؛ فإن إبليس، قال: أهلكت الناس فأهلكوني ب(لا إله إلا الله) والاستغفار، فلما رأيت ذلك أهلكتهم بالأهواء، وهم يحسبون أنهم مهتدون».
[ع، ابن أبي عاصم، الأصبهاني في الحجة في بيان المحجة»، «الضعيفة» (5560)].

(Palsu) Daripada Abu Bakar RA berkata: “Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah kalian melazimi kalimah (La Ilaha Illa Allah/ Tiada Tuhan melainkan Allah SWT) dan istighfar. Perbanyakkanlah dengannya, kerana sesungguhnya Iblis berkata: “Aku menghancurkan manusia, dan mereka menghancurkanku dengan La Ilaha Illa Allah dan istighfar. Maka ketika aku melihat mereka melakukan itu, aku menghancurkan mereka dengan hawa nafsu, dan mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang diberi hidayah”.”
[Riwayat Abū Ya‘lā dalam kitab Musnadnya, Ibn Abu ‘Āṣim dalam kitab al-Sunnah, al-Aṣbahānī dalam kitab al-Ḥujjah fī Bayān al-Maḥajjah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5560]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs