Hendaklah kalian melazimi dua penawar ini iaitu madu dan al-Quran

TEKS BAHASA ARAB

عليكم بالشفاءين: العسل، والقرآن.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hendaklah kalian melazimi dua penawar ini iaitu madu dan al-Quran.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1171, hadis nombor 5920. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الله بن مسعود – رضي الله عنه – مرفوعا: ((عليكم بالشفاءين: العسل، والقرآن)). [ه، ك، عد، خط، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (1514)]

(Lemah) Daripada ‘Abdullah bin Mas’ud RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Hendaklah kalian melazimi dua penawar ini iaitu madu dan al-Quran. [Riwayat Ibn Majah dalam Sunan Ibn Majah, al-Hakim dalam al-Mustadrak, Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa, dan al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh al-Baghdad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1514].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.