Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
عَلَيكُم بِالسِّواكِ، فنِعمَ الشَّيءُ السِّواكُ، يَذهبُ بِالحَفْرِ وَيَنْزَعِ البَلْغَمَ، ويَجْلُو البَصَرَ، وَيشُدُّ اللِّثَّةَ، ويَذهبُ بالبَخْرِ، وَيُصْلِحُ المعِدَةَ، وَيزيدُ فِي درجاتِ الجنَّةِ، وتحمَدُه المَلَائِكَةُ، ويُرضي الرَّبَّ، ويُسخِطُ الشَّيطَانَ.
Teks Bahasa Melayu
Hendaklah kalian melazimi bersugi, sebaik-baik sesuatu adalah bersugi, ia boleh menghilangkan warna kuning pada gigi, menanggalkan lendiran, menajamkan penglihatan (mata), menguatkan gusi, menghilangkan bau busuk (pada mulut), memperelok pencernaan, meninggikan kedudukan di syurga, serta para malaikat memujinya, Allah juga meredhai, manakala syaitan akan membenci.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1178, hadis no. 5962. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس - رضي الله عنه -مرفوعا: ((عليكم بالسواك، فنعم الشيء السواك، يذهب بالحفر، وينزع البلغم، ويجلو البصر، ويشد اللثة، ويذهب بالبخر، ويصلح المعدة، ويزيد في درجات الجنة، وتحمده الملائكة، ويرضي الرب، ويسخط الشيطان)). [القاضي عبد الجبار الخولاني في ((تاريخ داريا))، ((الضعيفة)) (3852)]
(Lemah) Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Hendaklah kalian melazimi bersugi, sebaik-baik sesuatu adalah bersugi, ia boleh menghilangkan warna kuning pada gigi, menanggalkan lendiran, menajamkan penglihatan (mata), menguatkan gusi, menghilangkan bau busuk (pada mulut), memperelok pencernaan, meninggikan kedudukan di syurga, serta para malaikat memujinya, Allah juga meredhai, manakala syaitan akan membenci. [Riwayat al-Qadhi ‘Abdul Jabbar al-Khulani dalam Tarikh al-Daraya. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3852]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman