Hendaklah kalian melazimi bercelak

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

عليكم بالكحل؛ فإنه ينبت الشعر، ويشد العين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hendaklah kalian melazimi bercelak, kerana sesungguhnya bercelak itu dapat menumbuhkan bulu dan menguatkan mata.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1178, hadis nombor 5963. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عثمان بن عفان – رضي الله عنه – مرفوعا: ((عليكم بالكحل؛ فإنه ينبت الشعر، ويشد العين)). [البغوي في ((مسناد عثمان))، الضياء، ((الضعيفة)) (3908)]

(Sangat Lemah) Daripada ‘Uthman bin ‘Affan RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Hendaklah kalian melazimi bercelak, kerana sesungguhnya bercelak itu dapat menumbuhkan bulu dan menguatkan mata. [Riwayat al-Baghawi dalam Musnad Uthman, dan riwayat al-Dhiya`. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3908]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.