Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
عَلَيكُمْ بِالكُحْلِ؛ فَإِنَّهُ يُنْبِتُ الشَّعْرَ، ويَشُدُّ العَيْنَ.
Teks Bahasa Melayu
Hendaklah kalian melazimi bercelak, kerana sesungguhnya bercelak itu dapat menumbuhkan bulu dan menguatkan mata.
Sahabat Perawi
- Uthman bin Affan RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1178, hadis no. 5963. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن عثمان بن عفان - رضي الله عنه - مرفوعا: ((عليكم بالكحل؛ فإنه ينبت الشعر، ويشد العين)). [البغوي في ((مسناد عثمان))، الضياء، ((الضعيفة)) (3908)]
(Sangat Lemah) Daripada ‘Uthman bin ‘Affan RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Hendaklah kalian melazimi bercelak, kerana sesungguhnya bercelak itu dapat menumbuhkan bulu dan menguatkan mata. [Riwayat al-Baghawi dalam Musnad Uthman, dan riwayat al-Dhiya`. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3908]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman