Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Hendaklah kalian melazimi bekam pada di bahagian al-Qamahudawah (tonjolan tulang leher di belakang kepala)

Teks Bahasa Arab

عليكُمْ بِالحِجَامَةِ فِي جَوْزَةِ القَمَحْدُوَةِ؛ فَإِنَّهُ دَوَاءٌ من اثنَينِ وسَبعِينَ دَاءً وَخَمْسَةِ أَدْوَاءٍ؛ مِنَ الجُنُونِ وَالجُذَامِ، والبَرَصِ، ووَجَعِ الأضراسِ.

Teks Bahasa Melayu

Hendaklah kalian melazimi bekam pada di bahagian al-Qamahudawah (tonjolan tulang leher di belakang kepala), kerana sesungguhnya ia merupakan rawatan terhadap 72 jenis penyakit dan lima penyakit tersembunyi (iaitu): Gila, kusta, sopak dan sakit gigi geraham.

Sahabat Perawi

  1. Suhaib RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1178, hadis no. 5961. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن صهيب - رضي الله عنه - مرفوعا: ((عليكم بالحجامة في جوزة القمحدوة؛ فإنه دواء من اثنين وسبعين داء وخمسة أدواء؛ من الجنون والجذام والبرص ووجع الأضراس)). [طب، ابن السني، أبو نعيم في ((الطب))، ((الضعيفة)) (3894)]

(Lemah) Daripada Suhaib RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Hendaklah kalian melazimi bekam pada di bahagian al-Qamahudawah (tonjolan tulang leher di belakang kepala), kerana sesungguhnya ia merupakan rawatan terhadap 72 jenis penyakit dan lima penyakit tersembunyi (iaitu): Gila, kusta, sopak dan sakit gigi geraham. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, Ibn al-Sunni, dan Abu Nu’aim dalam al-Tibb. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3894]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.