Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Hendaklah kalian melakukan campuran

Teks Bahasa Arab

عليكم بالمُرَازَمةِ. قيل: وما المُرَازَمةُ؟ قال: أكلُ الخبزِ مع العِنَبِ، فإن خيرَ الفاكهةِ العِنَبُ، وخيرَ الطعامِ الخُبزُ.

Teks Bahasa Melayu

"Hendaklah kalian melakukan campuran". Lalu ditanyakan: "Apa itu campuran?". Baginda menjawab: "Makan roti dengan anggur, kerana sesungguhnya sebaik-baik buah ialah anggur dan sebaik-baik makanan ialah roti".

Sahabat Perawi

  1. ‘Aishah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 425, hadis no. 2291. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عائشة - رضي الله عنها -، قالت: قال رسول الله ﷺ: «عليكم بالمرازمة. قيل: وما المرازمة؟ قال: أكل الخبز مع العنب، فإن خير الفاكهة العنب، وخير الطعام الخبز». [عد، ابن الجوزي، «الضعيفة» (6002)].

(Palsu) Daripada ‘Aishah RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Hendaklah kalian melakukan campuran". Lalu ditanyakan: "Apa itu campuran?". Baginda menjawab: "Makan roti dengan anggur, kerana sesungguhnya sebaik-baik buah ialah anggur dan sebaik-baik makanan ialah roti". [Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kāmil Fī al-Ḍu‘afā’ dan Ibn al-Jawzi. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6002].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.