Terlalu lemah

30/06/2024

minit bacaan



Hendaklah kalian makan malam walaupun sedikit daripada roti kering

Teks Bahasa Arab

حديث: تعشوا ولو بكف من حشف، فإن ترك العشاء مهرمة.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Hendaklah kalian makan malam walaupun sedikit daripada roti kering, kerana sesungguhnya meninggalkan makan malam itu membawa kelemahan.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Terlalu lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 157, hadis no. 11. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الترمذي من حديث أنس مرفوعا، وقال: حديث منكر لا نعرفه إلا من هذا الوجه. وعنبسة ضعيف في الحديث، وعبد الملك بن علاق مجهول. وقد أخرجه ابن ماجه من حديث جابر رضي الله عنه .

Al-Tirmizi meriwayatkan daripada hadith Anas Ibn Malik secara marfu’ (yang disandarkan kepada Nabi SAW), Al-Tirmizi berkata: Hadith ini munkar (terlalu daif) kami tidak mengetahuinya melainkan daripada sanad ini dan ‘Anbasah seorang yang lemah dalam hadith, manakala Abdul Malik bin ‘Alaq seorang yang majhul (tidak dikenali). Ibn Majah telah meriwayatkannya daripada hadith Jabir RA.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.