Hendaklah kalian makan malam walau dengan sekadar segenggam kurma rosak

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

تعشوا ولو بكف من حشف؛ فإن ترك العشاء مهرمة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hendaklah kalian makan malam walau dengan sekadar segenggam kurma rosak. Kerana sesungguhnya meninggalkan makan malam itu menjadikan seseorang tua.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 385, hadis nombor 2039. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أنس – رضي الله عنه – مرفوعا: «تعشوا ولو بكف من حشف؛ فإن ترك العشاء مهرمة». [ت، القضاعي، حل، خط، «الضعيفة» (116)].

(Sangat Lemah) Daripada Anas RA secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Hendaklah kalian makan malam walau dengan sekadar segenggam kurma rosak. Kerana sesungguhnya meninggalkan makan malam itu menjadikan seseorang tua". [Riwayat al-Tirmizi dalam Sunannya, al-Qudha'i, Abu Nu'aym dalam Hilyah al-Awliya' dan al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 116].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.