Hendaklah kalian makan labu kerana sesungguhnya ia dapat menambah (kecerdasan) otak

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

عليكم بالقرع؛ فإنه يزيد بالدماغ، عليكم بالعدس؛ فإنه قدس على لسان سبعين نبيا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hendaklah kalian makan labu kerana sesungguhnya ia dapat menambah (kecerdasan) otak. Serta hendaklah kalian makan kacang dal kerana sesungguhnya ia telah dimuliakan di atas lidah tujuh puluh orang nabi.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 386, hadis nombor 2045. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن واثلة – رضي الله عنه -: «عليكم بالقرع؛ فإنه يزيد بالدماغ، عليكم بالعدس؛ فإنه قدس على لسان سبعين نبيا». [طب، «الضعيفة» (40، 510)].

(Palsu) Daripada Wathilah RA: "Hendaklah kalian makan labu kerana sesungguhnya ia dapat menambah (kecerdasan) otak. Serta hendaklah kalian makan kacang dal kerana sesungguhnya ia telah dimuliakan di atas lidah tujuh puluh orang nabi". [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 40, 510].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.