Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
عليكُم بالقَرعِ؛ فإنَّهُ يزيدُ بالدِّماغِ، عليكُم بالعدَسِ؛ فإنَّهُ قُدِّسَ علَى لسانِ سبعينَ نبيًّا.
Teks Bahasa Melayu
Hendaklah kalian makan labu kerana sesungguhnya ia dapat menambah (kecerdasan) otak. Serta hendaklah kalian makan kacang dal kerana sesungguhnya ia telah dimuliakan di atas lidah tujuh puluh orang nabi.
Sahabat Perawi
- Wathilah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 386, hadis no. 2045. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن واثلة - رضي الله عنه -: «عليكم بالقرع؛ فإنه يزيد بالدماغ، عليكم بالعدس؛ فإنه قدس على لسان سبعين نبيا». [طب، «الضعيفة» (40، 510)].
(Palsu) Daripada Wathilah RA: "Hendaklah kalian makan labu kerana sesungguhnya ia dapat menambah (kecerdasan) otak. Serta hendaklah kalian makan kacang dal kerana sesungguhnya ia telah dimuliakan di atas lidah tujuh puluh orang nabi". [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 40, 510].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman