Hendaklah kalian makan kacang dal

TEKS BAHASA ARAB

عليكم بالعدس فإنه مبارك يرق القلب ويكثر الدمعة قدس فيه سبعون نبيا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hendaklah kalian makan kacang dal kerana padanya keberkatan, melembutkan hati dan telah disucikan oleh 70 orang nabi.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ibn Qayyim al-Jawziyyah (m. 751H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf, di halaman 51-52, hadis nombor 57. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

وكذلك حديث “عليكم بالعدس فإنه مبارك يرقق القلب ويكثر الدمعة قدس فيه سبعون نبيا”. وقد سئل عبد الله بن المبارك عن هذا الحديث؟ وقيل له إنه يروي عنك! فقال: “وعني أيضا”. أرفع شيء في العدس أنه شهوة اليهود ولو قدس فيه نبي واحد لكان شفاء من الأدواء فكيف بسبعين نبيا؟ وقد سماه الله تعالى {أدنى} ونعى على من اختاره على المن والسلوى وجعله قرين الثوم والبصل أفترى أنبياء بني إسرائيل قدسوا فيه لهذه العلة والمضار التي فيه من تهييج السوداء والنفخ والرياح الغليظة وضيق النفس والدم الفاسد وغير ذلك من المضار المحسوسة؟! ويشبه أن يكون هذا الحديث من وضع الذين اختاروه على المن والسلوى أو أشباههم.

Begitu juga hadis: “Hendaklah kalian makan kacang dal kerana padanya keberkatan, melembutkan hati dan telah disucikan oleh 70 orang Nabi.” Abdullah bin al-Mubarak pernah ditanya berkenaan hadis ini. Dikatakan kepadanya: “Sesungguhnya hadis ini diriwayatkan daripada engkau.” Maka jawabnya (dengan kehairanan): “Dan daripadaku juga!”. Tiada keistimewaan pada kacang dal kecuali sebagai bahan makanan yang sesuai dengan selera Yahudi. Kalau benar ada seorang nabi yang menyucikan kacang ini, nescaya adas akan menjadi ubat pelbagai penyakit. Bahkan, bagaimana pula kalau yang menyucikannya adalah 70 orang nabi? Allah menyifatkan makanan ini sebagai adna (kurang baik) (al-Baqarah: ayat 61) dan mencela orang yang lebih mengutamakannya berbanding manna dan salwa. Serta menyebutkannya seiring dengan bawang putih dan bawang merah.
Apakah menurutmu ada nabi dalam kalangan bangsa Israel yang menyucikan makanan ini dengan kecacatan seperti ini? Penyakit yang terkandung di dalamnya sejumlah mudarat seperti sakit hitam (masalah hempedu hitam), angin pasang, sesak nafas, darah kotor dan pelbagai lagi mudarat fizikal. Kemungkinan besar hadis ini dipalsukan oleh orang yang lebih suka kacang dal berbanding manna dan salwa atau yang serupa dengan mereka.

RUJUKAN

Ibn Qayyim al-Jawziyyah. (1970). Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf (Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Maktabah al-Matbu’at al-Islamiyyah.

Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. (2015). Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu (Solehah Abu Bakar, Ed.). Kemilau Publika.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang hamba Allah dan ditambahbaik melalui tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs