TEKS BAHASA ARAB
عليكم بالكمأة الرطبة؛ فإنها من المن، وماؤها شفاء للعين.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hendaklah kalian (makan) cendawan trufel yang basah kerana ia termasuk daripada al-mann (embun manis). Airnya pula ialah penawar bagi mata.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 421, hadis nombor 2264. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن صهيب الخير – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «عليكم بالكمأة الرطبة؛ فإنها من المن، وماؤها شفاء للعين». [أبو نعيم في «الطب»، «الضعيفة» (5919)].
(Munkar) Daripada Suhayb al-Khayr RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Hendaklah kalian (makan) cendawan trufel yang basah kerana ia termasuk daripada al-mann (embun manis). Airnya pula ialah penawar bagi mata". [Riwayat Abu Nu’aym dalam al-Tibb. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5919].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.