Hendaklah kalian makan buah safarjil

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كلوا السفرجل على الريق؛ فإنه يذهب وغر الصدر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hendaklah kalian makan buah safarjil (sejenis buah pir) ketika berasa lapar kerana sesungguhnya akan menghilangkan sifat marah yang meluap-luap.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1180, hadis nombor 5977. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس بن مالك – رضي الله عنه – مرفوعا: ((كلوا السفرجل على الريق؛ فإنه يذهب وغر الصدر)). [أبو نعيم في ((الطب))، ((الضعيفة)) (4099)]

(Lemah)
Hadis ini telah diriwayatkan daripada Anas bin Malik RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Hendaklah kalian makan buah safarjil (sejenis buah pir) ketika berasa lapar kerana sesungguhnya akan menghilangkan sifat marah yang meluap-luap.
[Riwayat Abu Nu’aym dalam al-Tibb. Lihat Silsilah al-Da’ifah; no. 4099]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.